Monday, February 25, 2008

Pola Kumunikasi Dalam Keluarga Murid-murid Bermasalah Pembelajaran

Pengenalan

Jurnal ini membincangkan tentang pola komunikasi hasil daripada kajian ke atas 264 keluarga yang mempunyai anak cacat dari kategori bermasalah pembelajaran di negeri Kelantan & Perak Kajian ini secara keseluruhannya mendapati yang sebahagian besar keluarga (61.1%) mempunyai komunikasi yang kurang memuaskan dengan anak-anak mereka.


Definisi

Menurut (Kirk et.al.1989), murid-murid bermasalah pembelajaran adalah satu istilah yang generik yang merujuk kepada sekumpulan kanak-kanak yang mempunyai pelbagai kecacatan. Manakala dalam konteks pendidikan di Malaysia pula, kanak-kanak yang cacat ringan dan sederhana digolongkan sebagai murid-murid bermasalah pelbagai. Namun menurut Ramli 1997 pula, di sekolah, kanak-kanak yang mengalami kecacatan seperti sindram down, hiperkinesis, hipokinesis, autistik, masalah pertuturan, ceberal palsy, epileptik, disleksia dan terencat akal di tahap ringan dan sederhana digolongkan sebagai murid-murid bermasalah pembelajaran.


Punca masalah

Kajian mendapati yang suasana kumunikasi atau perhubungan dalam keluarga murid ini adalah tidak memuaskan. Margalit & Almougy (1991) mendapati, ibu bapa keluarga ini bersikap tidak begitu membantu terhadap murid-murid bermasalah pembelajaran. Murid-murid seperti ini juga dikatakan menjadi mangsa kurang mendapat perhatian dan layanan yang buruk daripada ibu bapa mereka.
Faber (1975) pula mendapati, sebahagian besar ibu bapa dari status sosioekonomi yang rendah mempunyai masalah perhubungan dengan anak bermasalah pembelajaran. Kajian Mc Allister, Butler dan Lei (1978) pula mendapati, masalah perhubungan dalam keluarga banyak berlaku di kalangan ibu bapa yang bekerja.

Margalit dan Almougy (1991) mendapati yang ibu bapa dalam keluarga tersebut mempunyai peluang yang terbatas untuk bersosialisasi dan beriadah kerana dalam perasaan mereka tidak menerima akan kehadiran anak tersebut. Perkara ini turut menjejaskan hubungan kekeluargaan.

Furgeson (1987) mengkaji tentang komunikasi kelaurga yang melibatkan 51 remaja lelaki dan 52 remaja perempuan. Beliau mendapati bahawa wujud interaksi yang memuaskan antara ibu bapa dengan anak yang menunjukkan pencapaian yang baik di sekolah tetapi sebaliknya interaksi yang tidak memuaskan berlaku sekiranya anak seringkali menunjukkan pencapaian yang tidak baik di sekolah.

Dapatan kajian oleh Greeberg (1985), mendapati murid daripada saiz keluarga yang besar menunjukkan kesan yang kurang memuaskan terhadap perhubungan intelektual murid-murid. Ini kerana ibu bapa tidak dapat memberi layanan yang baik dan menganggap yang anak mereka sebagai seorang yang belum mencapai tahap kematangan.


Hasil kajian

Hasil kajian yang telah dijalankan di negeri Kelantan dan Perak ini telah menunjukkan bahawa persekitaran keluarga ada kaitan dengan komunikasi keluarga, pemboleh ubah etnik, dan komunikasi keluarga murid-murid bermasalah pembelajaran. Dari analisis ujian Scheffe mendapati, murid-murid bermasalah pembelajaran daripada etnik Cina dan India mempunyai komunikasi keluarga yang negatif atau kurang memuaskan jika dibandingkan dengan mereka yang berada dalam etnik Melayu.
Kajian juga menjelaskan bahawa keluarga murid-murid bermasalah pembelajaran daripada keluarga yang beragama Buddha dan Hindu mempunyai komunikasi keluarga yang negatif atau kurang memuaskan jika dibandingkan dengan keluarga yang beragama Islam dan Kristian.

Selain daripada itu, hasil kajian juga menjelaskan bahawa keluarga murid-murid ini yang mempunyai ibu bapa yang dewasa mempunyai komunikasi keluarga yang negatif atau yang kurang memuaskan jika dibandingkan dengan peringkat umur ibu bapa yang lain.

Walau bagaimanapun, suasana komunikasi keluarga berdasarkan status sosio ekonomi keluarga menunjukkan dapatan yang agak berbeza sedikit. Kajian ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan skor min yang signifikan antara keluarga yang mempunyai status sosio ekonomi tinggi dengan keluarga yang mempunyai status sosio ekonomi sederhana dan rendah pada ukuran komunikasi keluarga.

Selain daripada itu, kajian ini juga telah menunjukkan bahawa murid-murid bermasalah pembelajaran dari saiz keluarga besar dan saiz keluarga sederhana mempunyai komunikasi keluarga yang negatif atau kurang memuaskan jika dibandingkan dengan mereka yang dari saiz keluarga kecil.

Dapatan kajian ini juga telah menjelaskan bahawa keluarga yang mempunyai anak yang cacat semasa peringkat bayi dan keluarga yang mempunyai anak yang cacat semasa akhir kanak-kanak mempunyai komunikasi keluarga yang negatif atau yang kurang memuaskan jika dibandingkan dengan mereka yang mempunyai anak yang cacat semasa awal kanak-kanak.





Kesimpulan

Sesungguhnya hasilan dan dapatan kajian ini telah dapat membantu program atau perkhidmatan yang sedia ada seperti kaunseling keluarga dan Program Latihan Ibu Bapa dilaksanakan di sekolah-sekolah untuk ibu bapa kanak-kanak ini. Adalah diakui bahawa komunikasi yang positif dalam keluarga dapat meningkatkan pencapaian anak-anak dalam pelajaran.

Thursday, February 21, 2008

Mempelbagaikan kaedah pengajaran untuk membantu mencapai kurikulum

Sekolah inklusif mempunyai beberapa kaedah untuk memastikan kesemua pelajar-pelajarnya mendapat peluang untuk belajar dengan menyediakan persekitaran yang sesuai. Untuk pelajar-pelajar ini pelaksanaan program pendidikan secara individu merupakan aspek yang paling penting dalam menyediakan pendidikan yang terbaik untuk mereka. Oleh itu adalah amat penting setiap guru untuk memastikan persekitaran pembelajaran adalah sesuai dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran secara sistematik mengikut keperluan pelajar. Adalah amat penting setiap pendidik untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran, melaksanakan strategi pengurusan sikap dan kandungan pengajaran bersama-sama dengan profesional-profesional lain untuk memberikan pendidikan yang terbaik dan menyeluruh kepada pelajar-pelajar ini. Jika pelajar-pelajar ini ingin diberi peluang untuk mengikuti kurikulum umum maka mereka harus dapat
mempelajari ilmu dan kemahiran yang dikhususkan untuk semua pelajar.
mendapat faedah dari kaedah pengajaran umum yang telah terbukti berkesan
dapat menggunakan bahan, kemudahan dan makmal untuk membantu pembelajaran. Walau bagaimanapun seperti yang diketahui pelajar-pelajar ini mempunyai ketidakupayaan yang pelbagai. Oleh itu mempelbagaikan kaedah pembelajaran adalah amat penting untuk membolehkan mereka belajar dengan baik. Mempelbagaikan kaedah pengajaran akan dapat memenuhi keperluan pelajar yang pelbagai. Aspek ini memberi tumpuan terhadap kurikulum, penyesuaian kaedah pengajaran, perkhidmatan dan kandungan bahan pengajaran.

Terdapat 3 cara di mana kaedah pengajaran dapat dipelbagaikan
binaan umum
penyesuaian rangka kerja
mempelbagaikan kaedah pengajaran

Binaan Umum
Binaan umum merujuk kepada perancangan kurikulum dan kaedah pengajaran.
Antara objektifnya adalah agar pelajar-pelajar dengan ketidakupayaan yang pelbagai kesemuanya akan mendapat faedah dari pengajaran yang diberikan. Ini dilakukan dengan membuat penyesuaian kurikulum dan kaedah pengajaran yang sedia ada termasuklah pada bahan-bahan pengajaran yang digunakan. Tujuannya adalah supaya kaedah dan bahan pengajaran yang digunakan fleksibel serta dapat disesuaikan dengan keperluan-keperluan khas pelajar yang pelbagai. Kurikulum dan kaedah pengajaran yang dibina secara umum mempunyai 3 ciri khas.

maklumat dipersembahkan dalam format yang pelbagai.
keadah ekspresi atau respond pelajar dipelbagaikan penerimaannya
aktiviti yang diberikan membolehkan penglibatan pelajar walaupun dengan ketidakupayaan yang berbeza.

Penyesuaian Rangka Kerja
Mempelbagaikan kaedah pengajaran boleh dilakukan dengan membuat penyesuaian pada aktiviti yang diberikan. Ini melibatkan penyesuaian pada objektif aktiviti tersebut, kandungannya, langkah pelaksanaan dan bahan-bahan bantuan mengajar yang digunakan. Penyesuaian rangka kerja mempunyai 3 ciri. Pertamanya penyesuaian ini bersifat individu. Ia memfokuskan kepada kekuatan seseorang pelajar tersebut. Keduanya penyesuaian itu adalah relevan kepada semua pelajar. Ini bermaksud semua pelajar mempunyai objektif yang sama walaupun menerima kaedah pengajaran yang berbeza. Ketiga penyesuaian ini adalah berkesan. Setiap pelajar akan mendapat manfaat daripada pengajaran tersebut dan mencapai objektifnya. Penyesuaian akan terus dilakukan jika kaedah pengajaran sedia ada tidak dapat membantu pelajar belajar dengan baik. Proses ini berterusan sehinggalah penyesuaian yang dilakukan membolehkan pelajar tersebut mencapai objektif pengajaran yang diberikan.

Mempelbagaikan kaedah pengajaran.
Pelajar berkeperluan khas datang dari latar belakang yang berbeza di samping mempunyai keperluan yang berbeza. Oleh itu adalah amat penting agar kaedah pengajaran yang diberikan bukan sahaja memenuhi keperluan khas mereka tetapi juga sesuai dengan latar belakang mereka yang berbeza. Kaedah pengajaran yang diberikan haruslah berbeza untuk memenuhi keperluan yang berbeza tetapi ia harus memberi kepuasan kepada semua pelajar. Jikalau kaedah pengajaran atau aktiviti yang direka dapat memenuhi aspek ini maka penyesuaian yang harus dilakukan dapat dikurangkan. Pendekatan yang boleh diambil adalah pendekatan manipulasi kebolehan pelajar dan aktiviti tahap rendah.

Rangka kerja ADAPT
Rangka kerja ADAPT terdiri dari lima langkah untuk memudahkan penyesuaian pada kaedah pengajaran yang ingin dilakukan. Lima langkah ini adalah:
Ask (Menyoal) “Apa yang saya ingin pelajar saya lakukan?”
Determine (Menentukan) Tentukan kemahiran sedia ada yang perlu mengikut aktiviti
Analyze (Menganalisa) Mengkaji kekuatan dan kesukaran yang dialami pelajar
Propose (Mencadangkan) Mencadang dan melaksanakan penyesuaian dalam kandungan pengajaran, bahan pengajaran, penyampaian dan aktiviti.
Test (Menguji) menjalankan ujian untuk memastikan penyesuaian yang dilakukan berkesan dalam membantu pelajar menyempurnakan tugasan mereka.
Terdapat empat kategori penyesuaian apabila penyesuaian ingin dilakukan secara individu dan relevan kepada tugasan yang diberikan.

Aktiviti pengajaran. Aktiviti pengajaran merujuk kepada proses pengajaran dan pembelajaran itu sendiri dan kemahiran yang ingin ditekankan.
Kandungan pengajaran. Kandungan pengajaran adalah kemahiran dan konsep yang merupakan konsep kepada pengajaran dan pembelajaran yang diberikan. Ia boleh ditakrifkan sebagai kurikulum yang telah ditetapkan oleh pentadbiran pendidikan sesebuah daerah atau negeri.
penyampaian pengajaran. Ia merujuk kepada bagaimana sesuatu aktiviti dalam pengajaran itu dilaksanakan. Ia memerlukan penyampaian secara sistematik dan luaran.
Bahan pengajaran. Bahan pengajaran yang digunakan haruslah pelbagai dan memenuhi keperluan-keperluan khas pelajar.

Faktor Kepelbagaian Budaya dan Bahasa
Di dalam membuat penyesuaian dalam kaedah pengajaran untuk pelajar-pelajar ini faktor kepelbagaian budaya dan bahasa perlu diambil kira. Di dalam sesebuah kelas di mana pelajar-pelajarnya mempunyai latar belakang yang berbeza kaedah pengajaran yang digunakan haruslah mempunyai aspek-aspek budaya dan bahasa yang sesuai. Di dalam hal ini pelajar-pelajar berkeperluan khas tidak terkecuali. Malahan dengan mengintegrasikan latar belakang pelajar, budaya, pengetahuan, masyarakat dan bahasa mereka di dalam pengajaran dan pembelajaran akan dapat menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif. Ini adalah ciri-ciri bagi seorang pendidik yang kritis kepada keperluan dan kepelbagaian pelajar. Pelbagai kaedah dapat digunakan untuk memanfaatkan kepelbagaian budaya dan bahasa dalam pengajaran. Ini termasuklah pembelajaran secara berkumpulan atau kerjasama dan melalui perbincangan.

Kaedah-kaedah pengajaran yang dapat membantu pelajar menguasai kurikulum.
Terdapat dua kaedah utama yang dapat membantu pelajar menguasai kurikulum. Kaedah pertama merupakan perancangan kaedah pengajaran. Dan kaedah kedua adalah penyampaian pengajaran itu sendiri.

Perancangan kaedah pengajaran.
Terdapat 3 bahagian dalam merancang kaedah pengajaran. Bahagian pertama merujuk kepada jenis-jenis pengetahuan atau ilmu yang berbeza dan berfikir secara kritis. Terdapat teknik-teknik tertentu di dalam mengajar aspek-aspek ini. Bahagian kedua merupakan tahap-tahap pembelajaran. Bahagian ini merangkumi prestasi pelajar dan bagaimana ia dipengaruhi oleh tahap penyesuaian itu terhadap kandungan pengajaran. Bahagian akhir merupakan komponen-komponen pengajaran. Di dalam bahagian ini setiap komponen di dalam kaedah perancangan akan dibincangkan termasuklah kaedah penyampaiannya.


Kategori jenis-jenis pengetahuan / ilmu dan berfikir secara kritis.
Terdapat pelbagai jenis ilmu pengetahuan yang berbeza dan cara fikir secara kritis dalam merancang kaedah pengajaran. Jenis-jenis ini adalah diskriminasi, fakta, langkah-langkah, konsep dan pemikiran kritis. Pengetahuan-pengetahuan ini boleh diaplikasikan kepelbagaian peringkat umur dan tahap.
Diskriminasi adalah kebolehan untuk mengenal sesuatu benda seperti huruf, nombor, bunyi huruf, simbol matematik, atau peralatan makmal dan mengasingkannya daripada benda-benda lain. Diskriminasi berlaku pada peringkat awal pembelajaran apabila pelajar-pelajar ini mula belajar mengenai pengetahuan baru. Diskriminasi memerlukan pelajar dapat mengenal dan menumpu perhatian kepada sesuatu unsur itu. Pelajar dengan bermasalah pembelajaran mungkin akan mengalami masalah mendiskriminasi atau mengasingkan unsur atau benda yang bercampur. Seseorang guru itu harus dapat mengajar seseorang pelajar itu bagaimana untuk mengenal perbezaan di antara unsur-unsur tersebut.
Ilmu jenis fakta pula adalah asas kepada pengajaran di sekolah. Adalah penting bagi pelajar-pelajar untuk menguasai kandungan fakta yang diberikan agar mereka dapat mempraktikkan fakta tersebut dalam proses pembelajaran mereka. Pengetahuan jenis fakta melatih pelajar-pelajar ini dengan kemahiran menghafal, mengekalkan fakta dan mengingati fakta. Pelajar dengan keperluan khas menghadapi masalah mempelajari ilmu jenis fakta kerana menghadapi kesukaran untuk mengasingkan fakta, menyimpan dan mengingati semula fakta tersebut. Pelajar-pelajar ini memerlukan kepada strategi-strategi pengajaran yang dapat melatih mereka menghafal dan mengingati semula maklumat dengan baik.
Pengumpulan ilmu merupakan satu proses mengkatogerikan maklumat. Ia merupakan satu kemahiran yang membolehkan pelajar meletakkan sesuatu maklumat itu dalam kategori yang betul agar proses pengajaran itu menjadi lebih berkesan. Ia juga membuatkan jumlah maklumat yang perlu dipelajari kelihatan lebih kemas dan tersusun. Malumat ini boleh diberikan secara visul seperti pengunaan peta dimana ia membantu perkembangan kemahiran ini.
Huraian pula merupakan kebolehan pelajar untuk menambah maklumat atau huraian kepada sesuatu maklumat yang sedia ada. Ia membantu proses menghafal mengekalksan maklumat dan meningati. Pelajar-pelajar juga akan dapat mengenal pasti maklumat-maklumat yang berkaitan dengan sesuatu topik untuk membuat huraian.
Alat ”mnemonic” merupakan satu teknik membantu daya ingatan dengan mengaitkan sesuatu maklumat itu dengan malumat lain yang lazimnya lebih ringkas. Alat ”mnemonic” dapat membantu pelajar dalam perbendaharaan kata, menghafal fakta, dan membaca perkataan pelbagai suku kata.
Undang-undang adalah langkah yang mesti diikuti. Ia lazimnya digunakan didalam ejaan dan juga pengajaran guru di dalam kelas. Malahan tingkah laku pelajar juga perlu mengikut undang-undang tertentu semasa belajar. Undang-undang ini perlu dipelajari secara berulangan dan melalui tauladan.

Pengetahuan jenis prosedur atau langkah-langkah
Pengetahuan jenis prosedur atau langkah-langkah bermaksud mempelajari satu set langkah-langkah yang mesti diikuti untuk menyempurnakan sesuatu tugasan. Pelajar bekerluan khas akan menghadapi masalah dengan pengetahuan jenis ini kerana ia memerlukan mereka menghafal setiap langkah mengikut susunan yang betul dan kemahiran untuk menyempurnakan tugasan yang berkaitan. Malahan sebelum itu mereka juga perlu mempelajari ilmu-ilmu yang berkaitan. Ilmu jenis konsep adalah idea-idea yang terkandung di dalam isi pengajaran. Konsep-konsep ini tergolong dalam kategori-katogeri tertentu dan ada yang mudah untuk difahami, berbentuk konkrit dan ada yang sukar untuk dipelajari kerana berbentuk abstrak.
Penggunaan visual dapat membantu pelajar memahami konsep-konsep. Pelajar-pelajar akan dapat menghubungkaitkan perkataan-perkataan yang telah dipelajari dengan visual tersebut.
Pemikiran secara kritis pula membolehkan pelajar membuat andaian yang boleh diterima apabila mempelajari konsep baru, idea, atau sesuatu penyelesaian masalah. Pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi kesukaran untuk berfikir secara kritis kerana mereka tidak diajar berbuat demikian, kurang pengalaman serta pengetahuan mengenai susuatu isu. Pelajar-pelajar boleh dilatihkan dengan pelbagai soalan untuk melatih kemahiran ini.

Tahap-tahap Pengajaran.
Kesemua pelajar secara amnya melalui tahap-tahap pembelajaran yang tertentu apabila mempelajari sesuatu kemahiran baru. Mengetahui tentang tahap-tahap pembelajaran pelajar dapat membantu guru membuat pengajaran yang lebih sesuai dan berkesan. Malahan guru-guru juga akan dapat membuat program intervensi yang lebih berkesan. Selain itu maklumat ini juga akan dapat membantu guru membuat penyesuaian kepada kaedah pengajaran agar lebih memenuhi keperluan pelajar.
Di dalam proses mempelajari sesuatu ilmu baru di dalam tahap ini, pelajar masih belum tahu bagaimana untuk menggunakan sesutu kemahiran dengan tepat. Selepas proses pengajaran dan pembelajaran apabila mereka telah dapat menggunakan kemahiran tersebut dengan baik maka mereka telah melepasi tahap awal ini. Bagi pelajar bekeperluan khas ini proses pengajaran dan penyesuaian adalah lebih lama tempoh masanya untuk membolehkan mereka menguasai kemahiran tersebut.
Di dalam tahap penguasaan sesuatu ilmu itu pula objektif bagi pelajar-pelajar untuk menggunakan kemahiran bergantung kepada objektif pengajaran. Pelajar-pelajar mesti dapat menggunakan kemahiran ini dengan baik dan menunjukkan peningkatan dalam prestasi. Ketepatan dalam melaksanakan tugasan adalah penting kerana ia menunjukkan tahap pencapaian mengikut objektif pengajaran. Ini dapat dilakukan berpandukan kepada ujian, tempoh masa dan melalui penulisan.
Tahap seterusnya dalam pembelajaran adalah tahap pengekalan kemahiran yang telah dikuasai pada tahap yang baik. Bagi pelajar-pelajar bekeperluan khas hal ini merupakan sesuatu yang amat mencabar kerana mreka mungkin lupa kepada ilmu pengetahuan, fakta, undang-undang atau langkah-langkah di dalam melaksanakan tugasan atau menyelesaikan masalah. Oleh itu adalah amat penting bagi guru untuk mengekalkan tahap kemahiran pelajar melalui ulang kaji mengikut tempoh masa tertentu dan penilaian semula.
Tahap pembelajaran seterusnya merupakan tahap umum dimana kemahiran yang telah dikuasai boleh digunakan di dalam pelbagai situasi yang bersesuaian. Bagi kebanyakkan pelajar kemahiran yang dipelajari di dalam kelas tidak dapat digunakan secara umum atau didalam situasi lain, bersama orang lain atau dengan bahan-bahan lain tanpa arahan tertentu. Satu cara yang baik untuk melatih pelajar adalah dengan meminta mereka memberi cadangan dimana kemahiran yang telah dipelajari dapat digunakan dalam situasi yang berbeza.
Tahap terakhir merupakan tahap aplikasi di mana pelajar menggunakan teknik belajar di dalam situasi yang baru. Di sini pelajar-pelajar ini harus dapat menggunakan strategi-strategi pembelajaran yang telah dipelajari dalam situasi sebenar terutamanya di dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan seharian.

Komponen pengajaran
Hasil kajian telah mengenal pasti komponen pengajaran tertentu yang dapat menghasilkian pencapaian pembelajaran yang positif dikalangan pelajar bekeperluan khas. Komponen-komponen ini berpandukan kepada pengajaran secara terus dan berstrategi. Pengajran secara terus adalah dimana guru lebih banyak memainkan peranan dan menumpukan kepada pengajaran sesuatu kemahiran secara terus sistematik, seperti memberi tunjuk ajar, membetulkan kesalah pelajar dan memantau prestasi mereka. Pengajaran berstrategi pula menumpukan kepada proses pembelajaran dengan menggunakan strategi kognitif dan meta kognitif. Ini dilakukan dengan menggalakkan pelajar membuat andaian dan membangkitkan persoalan.

Penyampaian pengajaran
Bahagian ini menumpukan kepada langkah-langkah dalam pengajaran dan teknik yang telah direka untuk membantu pelajar untuk menguasai kurikulum. Ia melibatkan penyusunan, penyampaian maklumat, latihan, penutupan dan pemantauan.

Penyusunan peringkat tinggi.
Penusunan peringkat ini terdiri dari aktiviti-aktiviti persedian pelajar untuk isi kandungan pelajaran. Ia memberikan maklumat kepada pelajar mengenai objekrif pengajaran, mendorong pelajar melalui minat, dan menggunakan pengetahuan sedia ada dengan ilmu yang berkaitan. Secara tidak langsung ia juga memberi maklumat kepada guru mengenai tahap kesediaan dan pemahaman pelajar. Ia juga membantu guru dengan memberikan maklumat mengenai latar belakang pelajar, pengalaman, ilmu, dan kemahiran sedia ada.

Menyampaikan maklumat
Di dalam langkah ini guru-guru menyampaikan isi kandungan pengajaran yang berkaitan dengan objektif pengajaran, strategi dan konsep. Apabila penyampian fakta dan langkah-langkah dilakukan guru harus membuat demonstrasi, memberi contoh, gambaran dan proses ini haruslah berterusan. Latihan tambahan harus diberikan kepada pelajar bekeperluan khas dan isi kandungan pengajaran tidak harus membebankan mereka.

Latihan
Latihan boleh diberikan dengan pelbagai cara. Ini boleh dilakukan dengan membantu pelajar membuat latihan secara memberi arahan. Pelajar dengan keperluan khas akan mendapat faedah melalui peluang-pluang yang diberikan di dalam latihan. Semasa latihan dilakukan masa yang diberikan serta tingkah laku pelajar diambil kira sebagai sebahagian daripada latihan. Aktiviti yang diberikan haruslah membolehkan pelajar melibatkan diri secara aktif. Pembetulan harus dilakukan dan maklum balas harus diberikan. Selain itu latihan secara individu harus diberikan dimana pelajar dapat berdikari dalam melakukan tugasan. Ini akan menguji pemahaman pelajar tersebut.

Penutupan
Bahagian ini adalah bahagian terakhir proses pengajaran dan pembelajaran. Di sini guru dan pelajar mengimbas kembali objektif pengajaran, aktiviti, mengaitkan pembelajaran dengan situasi lain dan membuat perancangan. Ia adalah aspek penting dalam pengajaran tetapi ringkas.

Memantau prestasi atau perkembangan pelajar.
Proses memantau perkembangan pelajar merupakan yang paling penting dalam pengajaran. Guru-guru mestilah menilai pemahaman pelajar dan kemahiran mereka dalam menyempurnakan sesuatu tugasan.

Beberapa kaedah pengajaran berkesan secara berkumpulan
Terdapat pelbagai kaedah pengajaran secara berkumpulan. Ia membantu pelajar dengan memberi peluang kepada mereka dengan menggunakan kemahiran yang telah dipelajari. Guru-guru wajar menggunakan kaedah ini di dalam pengajaran mereka.

Kaedah pengajaran berkumpulan secara keseluruhan
Di dalam kaedah ini guru menyampaikan sesuatu pengajaran kepada keseluruhan pelajar yang dianggap sebagai satu kumpulan besar. Ia berkesan di dalam situasi dimana pelajar-pelajar ini mempunyai keupayaan yang berbeza. Kelebihan kaedah ini adalah dimana pelajarnya dapat bertukar pendapat, dan mempunyai masa yang lebih banyak. Kelemahan nya terutama bagi pelajar bekeperluan khas, mereka akan ketinggalan kerana mungkin tidak mendapat perhatian yang secukupnya.

Kumpulan kecil yang fleksibel
Kumpulan ini terdiri sama ada kumpulan dengan keupayaan yang setara atau kebolehan yang pelbagai. Lazimnya terdiri dari 3 hingga 5 orang pelajar. Dalam kumpulan seperti ini aspek pengajran dapat disesuaikan mengikut tahap dan keperluan individu. Dengan ini pembelajaran murid adalah lebih seimbang. Malahan penilaian yang dijalankan akan dapat menilai perkembangan pelajar dengan lebih baik. Kajian menunjukkan kaedah ini berjaya meningkatkan akademik pelajar.

Kumpulan dengan pelbagai keupayaan.
Kumpulan ini terdiri daripada pelajar dengan pelbagai tahap kemahiran samaada dari aspek akademik atau sosial. Kelebihan kaedah ini adalah pelajar dapat belajar antara satu sama lain.

Kumpulan satu dengan satu
Melalui amalan ini guru memberi arahan kepada pelajar-pelajar secara individu mengenai pembelajaran dan tingkah laku yang mesti dilakukan pelajar. Kaedah ini telah dapat membantu pelajar menangani kekecewaan dalam melaksanakan tugasan kerana ia menumpukan kepada pelajar secara individu. Walau bagaimanapun guru-guru mungkin menghadapi kekangan kerana faktor masa dan bilangan murid.

Pembimbing rakan sebaya
Dalam keadah ini pelajar dikumpulkan secara berpasangan di dalam melakukan sesuatu tugasan berpandukan kemahiran yang telah dipelajari. Ia meningkatkan penglibatan pelajar secara aktif dan pelajar mendapat peluang untuk memberikan maklum balas dan menggunakan ilmu yang telah dipelajari. Bagi pelajar kurang upaya ia merupakan kaedah yang berkesan. Ia membantu perkembangan akademik, sosial, dan tingkah laku pelajar.

Pembelajaran secara kerjasama
Kaedah ini menggunakan kumpulan-kumpulan kecil pelajar dengan kemahiran yang berbeza. Kumpulan-kumpulan ini menumpukan kepada akademik dan kemahiran sosial. Objektif kaedah ini adalah untuk pelajar melaksanakan tugasan secara kerjasama. Hasil kajian telah menunjukkan pelajar kurang upaya mendapat manfaat daripada kaedah ini sama ada di dalam aspek akademik, tingkah laku dan sosial.

Bagaimana bahan pengajaran boleh disesuaikan
Bahan pengajaran dan buku teks adalah komponen penting dalam pengajaran dan mesti dipilih secara baik. Penggunaanya juga harus disesuaikan dengan keupayaan pelajar. Guru-guru harus boleh melihat kepada kesukaran yang mungkin dihadapi oleh pelajar-pelajar ini.

Buku teks
’Basal’ merupakan buku teks yang telah disesuaikan sebagai sumber utama bagi sesuatu subjek yang akan diajar. Terdapat beberpa isu yang harus dikenal pasti seperti tahap kesukaran bacaan kefahamannya, struktur atau susunan teks dengan pelajar bermasalah membaca dan arahan yang bersesuaian dengan tahap pelajar.


Bahan pengajaran
Apabila memilih menggunakan bahan pengajaran aspek berikut harus diberi perhatian. Pertamanya adalah aspek pelajar. Persoalan-persoalan berikut harus dikaji
1. Apakah tahap pembelajaran pelajar dan perestasinya
2. Bolehkan bahan pengajran tersebut memenuhi objektif program pendidikan individu?
3. Adakah pelajar mendapat motivasi untuk melaksanakan tugasan?
4. Adakah pelajar dapat menupukan perhatian kepada tugasan? Bilakah pelajar hilang
tumpuan?

Keduanya adalah bahan pengajaran dan metodologi. Dalam aspek ini persoalan-persoakan berikut pula perlu dikaji.
Adakah isi kandunganya bersesuaian dengan umur?
Adakah isi kandungannya mengikut standard dan kurikulum?
Adakah ia menjelaskan kemahiran yang perlu dipelajari mengikut turutan yang sesuai?
Adakah maklumat strategi mengajar diberikan?
Adakah peluang untuk mempraktikkan kemahiran baru diberikan dengan secukupnya?
Adakah aktiviti-aktiviti mengekalkan kemahiran dan mengapikasikannya secara umum dimasukkan?

Apakah kerja-kerja sekolah yang berkesan
Terdapat beberapa kerja sekolah yang dapat memberikan kesan yang positif. Ia dapat meningkatkan pencapaian dan pembelajaran, memperbaiki tingkah laku, kemahiran belajar, disiplin diri serta, penglibatan ibu bapa. Kerja-kerja sekolah yang berkesan memerlukan amalan-amalan yang berikut.
1.Guru-guru haruslah bekerjasama di dalam memastikan kerja sekolah yang diberikan
bersesuaian dengan tahap pelajar.
2. Guru-guru haruslah memastikan pelajar memahami tugasan dan akibat apabila
melaksanakan atau tidak melaksanakannya.
3. Ibubapa boleh melibatkan diri didalam masalah yang timbul semasa pelajar
melaksanakan tugasan.
4. Kerja sekolah haruslah berpandukan kemahiran yang pelajar dapat praktikkan secara
bersendirian.
5. Pelajar dengan berkeperluan khas harus diajar dengan kemahiran belajar yang dapat
membantu mereka melakukan kerja sekolah dengan efisen.

Bagaimana alat bantuan berteknologi dapat membantu
Bagi pelajar kurang upaya alat bantuan berteknologi dapat membantu dan memudahkan pembelajaran. Ini adalah kerana ia membolehkan mereka berdikari tanpa mengharapkan bantuan orang lain. Ia juga membolehkan mereka mengakses kurikulum atau bahagian-bahagian lain di dalam atau di luar sekolah. Ia juga membolehkan mereka berkomunikasi, bersosial, melibatkan diri di dalam pelbagai situasi serta tempat yang berbeza dan menunjukkan apa yang telah mereka pelajari. Guru-guru harus mempunyai ilmu mengenai alatan ini serta perkhidmatan yang diberikan.

Peralatan bantuan berteknologi
Terdapat pelbagai bantuan berteknologi untuk kegunaan pelajar. Ia bersesuaian dengan keperluan pelajar itu sendiri berpandukan kepada kecacatan mereka. Terdapat pelbagai kategori alatan yang berpandukan kepada pergerakan, komunikasi, permainan, komputer dan alat bantuan pembelajaran.

Perkhidmatan bagi peralatan bantuan berteknologi
Terdapat beberapa perkhidmatan yang mesti diberikan untuk memastikan peralatan ini dapat digunakan. Ini adalah penting kerana ia melibatkan guru dan pengajaran yang diberikan. Ia juga melibatkan program pendidikan individu bagi pelajar itu sendiri sebagai contohnya latihan adalah perlu bagi pelajar yang ingin menggunakan peralatan itu. Tenaga mahir juga adalah penting untuk melatih atau memperbaiki alatan bila perlu. Adalah penting untuk melibatkan ahli keluarga dalam memilih peralatan yang sesuai.


Integrasi Alat bantuan teknologi
Untuk pelajar dengan kecacatan. Penggunaaan alatan ini adalah penting untuk membantu pembelajaran. Integrasi peralatan ini ke dalam pengajaran guru harus dilakukan berserta penilaian ke atasnya. Guru harus menilai kekuatan dan keperluan pelajar dan bagaimana alat bantuan ini dapat membantu mereka dalam pembelajaran. Ia juga memerlukan guru untuk meyediakan persekitaran yang sesuai untuk peralatan tersebut sebagai contohnya keperluan tenaga elektrik bagi peralatan yang menggunakan tenaga elektrik. Pemantauan guru juga penting bagi peralatan ini disamping prestasinya, ketahananya, dan keupayaan pelajar menggunakanya.